Agak bersepah juga aku tulis ni semata nak bagi poin. Kahkah.

Kejap, macam mana aku nak mulakan eh? Okeh, semalam kot aku ternampak ada orang kongsi artikel/rencana Roslan Jomel kat majalah Tunas Cipta. Aku memang jarang baca Tunas Cipta, sebab, entah, mungkin aku rasa ia untuk budak muda kot (sebab namanya) dan juga sebab aku tak pernah betul habis baca Dewan Sastera jadi kecenderungan nak baca Dewan Sastera lebih la (akaun DBP aku penuh dengan Dewan Sastera yang aku dah muat turun tapi tak pernah sempat baca). 

Jadi, aku buka pautan dan baca. Lepas tu aku rasa macam, eh? Kejap, secara jujurnya aku jarang baca tajuk, tapi aku baca lepas tu dia macam bukan rencana atau artikel sangat, lebih kepada cerita dia dengan Abizai tengah tunggu SM Zakir datang nak bagi cetakan penulis untuk buku terbaharu Roslan sambil diselangi macam-macam benda hingga sampai penghujung artikel dia cerita pasal nak tulis novela untuk penerbitan SM Zakir. Ada beberapa perkara dia sentuh tapi paling aku ingat tentang hal pengarang yang tak pandai menjual (macam aku la) dan juga cerita tentang puisi slash sajak. 

Lepas aku habis baca, aku macam, eh, macam ni kira rencana ke? Sebab kan aku tahun lepas ada keluar Sebuah Catatan, jadi aku macam, oh boleh eh tulisan bertopengkan rencana atau artikel, tentang diri sendiri keluar kat medium naungan DBP? Mesti la aku lagi self centered dan narsis untuk tulis segala benda macam ni, aku sampai dah konpiden nak keluar zine Masuk Melaka (tapi tak jadi sebab aku dah lupa dan malas). Cerita dia macam ni, aku masa tulis jurnalzine tu, aku tengah dalam proses untuk dapat balik macam mana menulis selepas entah berapa lama langsung tak membaca dan menulis. Antara perkara pertama yang kau kena tahu tentang menjadi penulis, ialah bukan hal macam teori kesusasteraan ke nak menulis macam siapa ke, yang penting ialah menulis itu sendiri. Memang selalu akan tersekat kat mana mana tak dapat menulis tapi jangan peduli, tulis je. Aku selalu cakap, aku menulis sebab menulis. Tak ada sebab lain sangat. Jadi, bila nak dapat balik tu, aku buat benda yang paling penting - iaitu menulis. Aku tulis je segala benda rambang dalam kepala (sebab biasanya kalau kau dah lama tak menulis, ada macam-macam benda merepek kau nak sembang dan rungutkan, tak ada masalah, tulis je semua benda tu) dan kebetulan ia nampak macam satu corak. Jadi, aku fikir elok juga aku kumpulkan dan susun elok-elok jadi zine sebab aku tak pernah buat zine, langsung. Sepatutnya sebagai bekas hardcore punk, mesti la ada zine, tapi aku takde. Walaupun tak hxc punk, buat zine ala jurnal pun okey la. Lepas tu aku jual, dan bagi satu kat Sufian. Dapat kat Sufian, dia terus susun lay out dan cetak jadi buku. Maklum balas pertama aku terima masa lepas aku siap tulis, malah belum siap cetak dan fotostat bagi siapa-siapa, ialah, siapa nak baca bendalah ni? Aku tak ada jawapannnya. Dan bila dah siap cetak jadi buku pun, aku tak ada jawapan, bila orang tanya ni buku apa. Siap ada orang tanya, ni jurnal pergi mana? Aku jawab je, balik kampung. Oh, berapa hari? Dua hari - satu hari perjalanan pergi, satu hari perjalanan balik. Sampai sekarang aku macam tak rasa yang Sebuah Catatan ni ialah salah sebuah buku aku, mungkin sebab genrenya. Tapi dah alang-alang cetak, aku konpiden je la. Aku teringat dulu Sufian memang minta aku tulis jurnal tapi masalah entah bila aku nak pergi mana mana sebab sibuk kerja. Sufian rileks je cakap, ha kau buat la jurnal pasal pergi balik kerja. Aku tak tau nak respon camne sebenarnya tapi lepas tu aku tulis jurnal balik kampung. Kira okey la. Ridhwan beri maklum balas, dia tekankan hal Selangor banjir sebab setakat ni dia tak jumpa lagi yang menulis tentang hal Selangor banjir, cuma aku patut boleh tulis lagi dalam pasal hal tu. 

Bila fikir balik, betul kot, selalunya tulisan aku memang akan ada sedikit menangkap zaman (yang terkini ketika ditulis) walaupun macam tak ketara sangat. Sebenarnya aku buat macam tu, sebenarnya macam nak beri diri sendiri rujukan, bila aku tulis benda tu atau apa yang aku tengah dengar atau tengok masa tengah tulis. Tapi selalunya aku sendiri la yang faham sebab rujukan untuk diri sendiri, kan. Biasanya tentang lagu yang aku tengah sibuk dengar waktu tu. Atau filem yang aku baru tonton. 

Dan aku teringat, Laqman selalu cakap yang kitorang, penulis-penulis atau pengkarya-pengkarya ni kena mula tulis tentang hal sejarah pembabitan kitorang, kena rekod tentang hal yang berlaku. Sebagai rujukan masa akan datang. Aku ingat memang Ridhwan atau Azriq pernah cakap diorang dah tak ingat macam mana proses menulis kebanyakan novel diorang. Sejujurnya aku dah tak ingat sangat pun apa aku tulis di dalam buku pertama aku. Tapi ada la usaha nak melawat semula kerja-kerja tu cuma tengah malas sikit (banyak sebenarnya). Dari dulu lagi aku bercadang untuk buat projek Mendengar Wiski Pop, aku akan buat rakaman bacaan Wiski Pop, dari satu cerpen ke satu cerpen (mungkin di tempat-tempat berbeza), dan muat naik di Spotify dan Youtube, dan disertakan komentari Mendengar Wiski Pop tentang latar belakang, pengaruh atau idea asal dalam bentuk artikel di blog dan buymeacoffee. untuk setiap cerpen. Lepas siap Wiski Pop, beralih pula kepada Mendengar Kota Para Insomnia pula. Tapi tu la, malas. Tapi takpe, rileksss kita kumpul pasukan dulu.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan