Aku dah pindah keluar semua duit dalam Grab (ada RM0.91 je) dan nyahpasang aplikasinya dari telefon. Tapi sebelum tu aku tinggalkan penilaian satu bintang di App Store. Aku cakap, worst app, panda better.
Sebenarnya dari dulu lagi aku rasa Grab ni tak berguna langsung untuk aku. Tak pernah cuba Grabcar, langsung. Tumpang ke kongsi ke, langsung tak pernah, apa lagi kalau kena pesan sendiri. Pada waktu aku baru nak cuba untuk tempah Grabcar, harga tambang dah naik mencanak. Jarak dalam 3.7 kilometer dan 4.5 kilometer, harga tambang masing-masing RM12 dan RM13. Harey betul. Memang tak jadi la, baik aku naik teksi. Dan paling aku bengkek sebenarnya ialah Grabfood. Secara jujurnya aku tak faham macam mana ada orang cakap Grabfood lagi murah dari Panda. Aku pernah langgan akaun premium Grabfood (sebab promosi sebulan RM0.01 je) tapi lepas tu aku rasa langsung tak berguna. Nak guna promo dia haram tak boleh. Asyik restoran ni tak ada promosi la. Lepas tu aku rasa macam apa fungsi kot langgan kalau segala promo tak dapat. Panda kalau tak langgan akaun pro dia pun masih boleh dapat diskaun. Kalau langgan, lagi seronok sebab boleh guna promo diskaun lepas tu ada diskaun untuk caj penghantaran. Dulu paling seronok sebab caj penghantaran rendah, lepas kalau langgan pro, tak kisah berapa ringgit caj penghantaran, dia kecualikan terus (tapi sekarang tak la, mungkin dah sedar sikit, gila apa caj penghantaran RM10 pun dia bagi percuma je sebab langgan pro. Aku nasib la ingatkan penghantar makanan dia, kalau tak, memang selamba je aku pesan jauh-jauh. Maksud aku, aku boleh pesan makanan dari tengah bandar Shah Alam untuk dihantar ke Klang, secara percuma. Cuma bingit la tukang hantar tu sebab jauh gila kot. Memang Panda tak macam Grab, lingkungan kawasan dia memang terhad, tapi kadang ada waktu gila dia, tiba-tiba muncul je kedai-kedai kat Shah Alam tu dalam aplikasi. Kadang bukan apa, selalu aku nak pesan The Chicken Rice Shop, manjang tutup je. Lepas tu kalau bukak pun, dia bagi yang dekat Plaza Masalam sana. Aku kalau tak kesian, memang aku beli je) dan dulu juga caj penghantaran memang rendah. Sekarang je naik gila-gila. Tak sampai lima kilometer pun dah RM9 (ikut waktu, tapi sebab langgan pro, ada la diskaun penghantaran RM4. Tapi tak la aku beli, biasa aku cari yang bawah RM4 supaya caj penghantaran percuma. Tapi kadang ada waktu yang rambang, Panda buat promosi caj penghantaran rendah, dalam RM2 je. Kadang bila buka aplikasi tiba-tiba tengok semua jadi RM1.99 tahu la tu tengah buat promo). Lagi satu aku suka sebab ada badge (kahkah senang betul aku kena tipu. Badge tu takde apa pun, cuma lepas komplit buat pesanan ikut cabaran diorang, diorang akan kemaskini lencana, macam contoh konon aku queue jumper sebab selalu pick up kat restoran, atau chai five sebab selalu pesan mamak, atau local favorites sebab aku selalu beli makanan atau warung lokal.
Selain dari tu, aku jumpa juga macam lompang dalam kedai-kedai kat Panda ni. Kalau perasan, harga dekat Panda biasanya lebih mahal dari dekat restoran atau kedai tu sendiri sebab biasanya kalau guna platform macam ni, diorang akan caj perkhidmatan, kalau tak silap dalam 30 peratus. Jadi, biasanya kedai akan naikkan harga untuk tampung kos ni. Setakat ni aku perasan yang restoran besar-besar yang tak naikkan harga (maknanya harga kat Panda dan kat kedai, dua-dua sama) ialah Coffee Bean. CBTL ni aku siap banding harga sebab nak tahu berapa harga sebenar diorang, sekali sama je. Aku tak tahu la macam mana dia nak kira untung. Tapi tu belum lagi kira ada satu mamak dekat dalam Panda ni, dia tak sedar kot tapi harga kedai dengan harga Panda sama je. Masalahnya, kalau dapat pengguna licik macam aku, memang setel la cerita dia. Sebab biasanya kalau guna pick up, harga auto akan jadi murah. Tak tahu macam pengiraannya, tapi biasanya harga menu untuk penghantaran dan ambil sendiri, memang lain - ambil sendiri lagi murah (kecuali ada beberapa yang aku perasan sama je penghantaran dan ambil sendiri).
Mamak ni dah la jual ayam goreng seketul RM5, kalau aku tukar jadi ambil sendiri, ayam goreng tu jadi dalam RM3.70 kalau tak silap. Memang murah. Mamak lain? Hareyyy. Hantar ke ambil sendiri pun RM7.50. Tapi mamak murah tadi ayam dia kecil dan tak sedap sangat kahkahkah. Maaf choosing beggars.
Kalau dekat Grabfood? Harammm.
Tapi sekarang aku dah jarang jugak bukak Panda sebab tengah ambil mood nak diet. Lama juga ambil mood ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan