Rilisan lama dah cukup kuat, tak perlu buat semula kecuali jika yakin boleh atasi versi lama. Di mana ia tidak.

Okeh, saya mulakan dengan amarah tentang mendengar album Plague Of Happiness. Kali terakhir saya benar-benar dengar POH adalah ketika album Kawan (2007 kot) dan rasa kagum betul sebab sedap dan rasa macam tak banyak band lokal yang hasilkan album yang sedap. Lepas tu ada nampak juga beberapa rilisan lain tapi tak tergerak nak dengar, dan boleh jadi juga sebab tak ada di Spotify (kalau tak salah, macam lupa, sebab asyik ingat macam dulu POH cuma ada satu dua lagu kot kat Spotify, itupun versi langsung). Nak beli kaset atau cakera padat memang dah rasa tak ada masa juga sebab lagi berminat nak beli baju. Jadi, semalam aku cuba dengar sebab kebetulan mereka ada rilisan baru (yang saya tak perasan sebenarnya ia rilisan baru sebab ingat ia mungkin cuma jelajah baru ke macam tu lah, sebab album kali ini guna perkataan Inggeris, agak lain dengan rilisan lain yang saya tahu) dan saya ambil keputusan untuk pasang beberapa rilisan lama yang saya tak sempat dengar lagi. Jadi, ada Tunjal, MASA dan yang baru Dominion dan selepas belek secara rambang, saya pasang MASA (iaitu sebuah keputusan yang silap) boleh kata kerana saya lihat beberapa trek awal ialah trek lama dan selebihnya adalah trek rakaman langsung dari persembahan. Hanya ada satu trek - judul rilisan - yang lagu baru dalam rilisan ini. Jadi, bila pasang album ini, perkara yang terlintas dalam fikiran saya ialah apakejadah. Trek-trek lama dirakam semula dengan gubahan melodi baru, susunan baru dan boleh saya katakan, gaya baru. Masalah di sini ialah, kenapa kita perlu perbaiki benda yang tak perlukan kerja-kerja pembaikan? Halatuju baru? Atau kerana mahu ia kedengaran segar? Atau versi alternate? Atau kerana tak mahu menawarkan sesuatu yang lama saja pada pendengar supaya tak rasa terbazir sebab ada satu je lagu baru? Saya tak ada jawapannya. 

Tapi tak mengapalah, setelah bertenang, saya belek lagi sekali, kira okey la, ada tiga je trek lama yang diperlakukan sedemikian. Walaupun sebenarnya pada saya, kerosakannya agak mendalam, untuk perkara yang tak perlu diperbaiki, cuma ia menyebabkan saya terbantut untuk dengar rilisan lain, Tunjal dan Dominion, yang secara sekali lalu, nampak macam tak ada versi langsung atau trek lama dalam kedua-duanya. Jadi, saya ulang dengar rilisan lama mereka dan kemudian selepas hilang persepsi MASA(lah) baru saya akan dengar rilisan lain.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan