Okeh la lepas sekali lagi bertenang dan membelek katalog Plague dekat Spotify, aku baru sedar album Kawan tu tak lengkap, atau sekurang-kurangnya, tak lengkap macam waktu aku mula-mula dengar dulu. Dan aku cuba cari di Youtube, ada yang muatnaik album Kawan tu, dengan seluruh lagu yang aku ingat ada dalam tu. Boleh kata yang versi Spotify terhenti setakat trek sebelas atau dua belas (dengan tambahan satu lagu lain) dan selebihnya tak termasuk dalam tu. Mungkin sebab tu semua lagu yang tak ada tu, mereka hasilkan sama ada dalam rakaman semula atau letak dalam EP baru. Masalahnya tu lah, lagu yang tak masuk dalam versi Spotify tu la yang sedap-sedap, dan untuk masukkan dalam Spotify, diorang rekod semula dengan versi baru - terus jadi tak sedap dan hilang la nostalgia dia.
Ni lah salah satu benda aku menyampah dengan Spotify. Tak semua diskografi band akan lengkap (kerana masalah legal dan hak sebaran). Paling bengkek aku ingat ialah Soulfly, Cavalera Conspiracy dengan Fear Factory. Soulfly album Conquer kegemaran aku takde dalam Spotify (tapi lepas tu diorang tambah juga tapi dalam senarai penuh kesemua lagu Soulfly, dan ia menyebabkan keseluruhan album, entah tujuh ke lapan album, jadi satu album besar - segala lagu campak dalam satu album, jadi leceh nak pasang ikut album), Cavalera Conspiracy album Blunt Force Trauma (yang ni lagi bengap - kalau tengok dalam katalog, memang album ni takkan ada dalam senarai, tapi bila buka playlist This Is Cavalera Conspiracy ada pulak lagu-lagu Blunt Force Trauma. Jem kejap sebab album tak wujud dalam Spotify tapi lagu ada. Lepas tu aku baru tahu, boleh akses juga ke album tu dengan tekan nama album pada trek lagu. Tapi macam bangang, dah album ada dalam Spotify tapi dia tak nak sekalikan dalam band punya Spotify) dan Fear Factory album-album masa Dino keluar dari band (walaupun album tu aku tak dengar sangat tapi ada satu lagu la aku layan dan semata nak layan satu lagu tu memang tak boleh sebab takde dalam Spotify).
Aku tak pernah nak cuba strim guna aplikasi lain macam Apple Music atau Youtube Music. Dulu pernah cuba Youtube Music tapi rasa macam leceh sebab tak ada diskografi dan bila buat carian, dia punya algorithm dia memang Youtube punya cadangan yang belit-belit gitu. Bukan kekal dekat satu band yang aku nak dengar tu. Jadi sampai sekarang tak pernah rasa nak cuba lagi. Tengok la nanti kalau terbuka hati nak cuba balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan