Dua tiga hari ni rasa macam badan tak sedap. Macam pelik juga sebab rasa sihat je. Tapi tubuh macam ada sikit rasa bisa. Dan tekak macam rasa bengkak. Lepas tu aku tak tahu nak buat apa. Nak makan soluble? Nak makan panadol extend? Nak biar je? Entah. Dia macam tiba-tiba gitu, dah jadi macam sleep apnea balik.
Aku ingat dia mula malam Ahad, nak tidur susah dan aku kena bangun awal pagi (dan tak boleh sambung tidur) pada Isnin sebab ada janji temu hospital untuk Gibran dan Selasa pulak, Ariana punya janji temu hospital. Dua-dua hari ni rasa macam lain macam tapi tak tau apa. Aku bantai je la makan apa yang patut. Ni macam mula nak batuk dah. Aku harap tak jatuh sakit la. Aku nak habiskan novelet yang tinggal sangat sikit tapi asyik padam dan tulis lagi sekali.
Isnin janji temu Gibran jam sembilan setengah pagi, oleh sebab dah hantar Ariana sekolah pagi tu, aku tahu dah, memang tak ada pilihan lain dari terus pergi hospital. Bayangkan camni, janji temu pukul sembilan setengah pagi, lepas hantar Ariana dan nak gerak dari sekolah (ke hospital) pukul tujuh pagi. Maknanya macam awal sangat kan, okeh, perjalanan lebih kurang setengah jam - aku sekarang nak pergi mana-mana memang aku terus buka Google Maps, bukan sebab tak ingat jalan, tapi sebab nak tahu jalan mana paling cepat, sebab bukannya tahu pun mana jem kalau tak bukak aplikasi peta ni - aku sasarkan empat puluh minit la tambah tolak lampu isyarat dengan tiba-tiba jem ke yang Maps tak boleh nak kira. Jadi, Isnin tu aku sampai dalam tujuh empat puluh pagi. Dengan tenang dan rilek-rilek aku pergi la kaunter Hasil ambil nombor apa semua lepas tu naik ke jabatan tempat temujanji untuk nombor giliran seterusnya. Pendek cerita, pukul lapan suku pagi, aku dah dapat nombor - untuk janji temu jam sembilan setengah pagi. Betul punya awal kan. Tapi cuba la teka, nombor aku tu kena panggil pukul berapa. Pukul sepuluh setengah pagi. Betul, aku tunggu bodoh macam tu je dua jam. Aku kadang tak faham juga hospital ni sebab hospital lain aku pergi, tenang je dia panggil awal bila aku datang awal. Maksud aku, memang la dia set janji temu untuk waktu sekian sekian, tapi kalau datang awal, patut setel la awal, sebab bayangkan macam ni, aku temujanji pukul sembilan, tapi orang yang janji temu pukul lapan pagi datang lambat (kenapa lambat ni benda subjektif, sebab bila berurusan dengan hospital, kadang dah datang awal tapi naik atas jabatan tu lambat sebab satu, parkir. Macam aku sampai hospital jam tujuh empat puluh tu kira dah tak boleh nak memilih sangat parkir dengan selesa sebab kereta dah masuk banyak. Kalau sampai situ jam lapan pagi, sebab janji temu pukul sembilan, memang takkan dapat la parkir, tu salah satu sebab jugak kenapa aku datang awal. Aku tak suka parkir depan kereta orang, biasanya kalau sampai lambat, aku akan buat satu pusingan, cuba cari kalau nasib baik ada kotak kosong, kalau tak ada, aku akan keluar terus dari hospital dan pergi parkir kat luar, kat tempat parkir majlis, bukan parkir tepi jalan macam orang takde otak walaupun semua orang buat macam tu parkir tepi jalan, menyusahkan. Biasa kalau macam ni, aku kena jalan kaki mungkin dalam dua atau tiga ratus meter untuk sampai hospital balik.Sebab apa? Sebab aku ada otak tak parkir kereta bersepah tepi jalan. Dan bayar parkir macam orang bertamadun. Tapi sebenarnya pernah je aku lupa nak bayar sebab dah lama tak datang lepas tu tak ingat langsung sampai la kena saman. Kahkah. Dua, kadang katalah dah sampai awal sikit, contoh janji temu jam lapan pagi, pukul tujuh empat puluh lima dah sampai siap parkir, adakah itu awal? Tidak. Sebab nak beratur ambil nombor dan berapa minit. Lepas tu nak tunggu nombor panggil kat kaunter, lagi setengah jam tunggu. Kalau janji temu pukul sembilan lagi sakit hati. Datang pukul lapan pagi pun tak guna. Sebab kat Hasil tu je sangkut sejam lebih. Tu belum yang kaunter sebelah sana, ada lagi satu kaunter, yang tu lagi haram jadah lambat dia. Aku pernah terkena ambil nombor kat sana, aku sampai sebelum pukul lapan, sebab janji temu jam lapan pagi, pukul sembilan baru dapat pergi kaunter. Dah la bilik janji temu tu betul-betul kat tempat aku tunggu tu. Pakar dia pun watlek watpis je tak masuk lagi masa aku tunggu sejam tu. Kira dekat pukul sembilan baru dia datang, mungkin sebab dia pun dah tahu aku akan sangkut kat situ lama) dan janji temu pukul lapan tu, jadi pukul sembilan sebab dia sampai pukul sembilan. Sementara aku pulak yang pukul sembilan, sampai awal pukul lapan, kena tunggu jugak pukul sembilan dan sekarang dah kena tunda sebab janji temu awal dah lambat. Macam kat hospital lain tu, aku datang awal, terus je dia bagi setel terus.
Untuk hari Selasa pulak, janji temu hospital Ariana pukul sembilan empat puluh pagi. Aku dah tahu jugak, kena gerak awal walaupun Ariana tak sekolah, sebelum pukul tujuh aku dah gerak, tapi sampai lambat sikit dari semalam sebab salah baca Maps satu, lagi satu sebab tiba-tiba jalan yang tak jem semalam, hari ni jem pulak. Tapi boleh la pilih parking lagi.
Jadi cerita dia, pukul lapan aku dah naik atas. Kira semalam lapan suku, hari lapan tiga minit dah dapat nombor. Lagi cepat sikit. Tapi sampai-sampai situ je aku dah jem kejap sebab perasan kotak untuk letak kad janji temu ada waktu sembilan pagi, sepuluh pagi dan sebelas pagi. Janji temu terakhir Ariana kat sini, aku sampai lambat. Orang kat kaunter tu macam usah semacam juga tapi aku watlek watpis, tapi masa nak balik tu dia macam bagi pesan lebih sikit, kalau lambat, dia akan jadualkan janji temu lain terus, walau aku dah sampai situ. Sebab tu dia letak dalam kad, sembilan empat puluh pagi, sebab dia nak aku sampai sebelum pukul sepuluh pagi - waktu sebenar janji temu. Jadi ceritanya, pukul lapan pagi aku dah sampai, sebab sama je, katalah aku gerak lambat sikit, nak bagi ngam sembilan empat puluh, kiraan dia jadi camni, perjalanan sejam, tunggu kaunter Hasil sejam. Tak masuk cari parkir dan berjalan kaki dari tempat parkir jauh. Baik la aku datang je awal sejam dari aku gerak ngam ngam sebab memang takkan dapat ngam ngam. Aku sampai siap fikir kenapa la KKM nak kena kumpul segala temujanji Isnin sampai Jumaat, pagi sampai petang. Apa tak buat dua puluh empat jam je. Sebab ingat best ke nak kena ambil cuti semata-mata janji temu. Kalau waktu fleksibel sikit, tak payah la cuti, mana yang boleh datang pagi, datang pagi. Yang tak boleh, datang la petang atau malam. Sabtu Ahad pun buka juga. Dan bila aku cakap macam ni, bukan bermakna bantai buka semua dengan tenaga kerja yang sama, gandakan terus. Kadang aku tak faham kenapa nak sekat-sekat hal kebajikan kesihatan. Walaupun memang la dah cukup murah tapi tak bermakna tak boleh perbaiki.
Okeh, berbalik pada janji temu Ariana, aku dah agak paling awal kena panggil nombor nanti pukul sembilan pagi sebab janji temu bermula jam sembilan pagi. Tapi okey la, nasib cepat berbanding Gibran semalam. Aku bengkek je semalam, punya bengkek sampai aku sempat bersabar dan bertenang waktu jumpa doktor. Aku fikir balik, kalau aku marah-marah pun, bukannya pukul sepuluh setengah pagi dia panggil tu boleh jadi panggil pukul lapan pagi balik pun. Lagi pula, dia akan jadi beban yang tak diperlukan. Aku tak tahu la kalau korang ada perasan ke tak, memaafkan dan melepaskan lagi senang dari pegang je kemarahan tu sampai sudah. Dia akan jadi stress dan bebanan yang tak diperlukan. Bila korang maafkan dan anggap selesai, semua benda tu jadi ringkas dan mudah je. Tak ada drama berlebihan yang tak diperlukan. Sama la macam waktu memandu. Kadang rasa bengkek je tengok orang memandu macam celaka, menyelit kat lampu isyarat la, tapi lepas tu aku ingatkan diri, tak payah buang tenaga nak fikir bendalah ni. Lantak dialah. Doakan yang buruk-buruk je dekat orang tu tapi benda buruk tu tak melibatkan kita sekali la. Kahkahkah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan