Walaupun aku ada topi Slipknot dan selalu pakai topi tu (macam dalam gambar masa pesta buku hari tu), tapi sebenarnya aku dah lama tak masuk nak dengar Slipknot sangat. Oleh sebab kemajuan teknologi membolehkan kita mendengar lagu pilihan, jadi aku ada kecenderungan untuk ulang dengar beberapa lagu yang sama saja dari album-album termasuklah Slipknot. Aku ingat masa aku beli topi tu, aku cari kat Shopee sebab ada rasa macam aku patut beli banyak baju, topi atau lain-lain pakaian bertemakan band kegemaran, metal terutamanya sebab aku dah lama tak nampak macam mat-mat metal. Setakat aku sempat beli kat Shopee ialah topi Slipknot dan baju Deftones (semua bootleg. Kahkah bootleg mende, cakap je la cetak rompak) dan aku rasa topi je yang best nak pakai. Baju tu tak best sangat, aku pun jarang pakai. Ada juga baju-baju band lain aku beli kat bundle (atas talian atau kedai fizikal) tapi tak banyak pilihan sebab ikut apa yang dapat (kecuali kat atas talian la, memang boleh buat carian berdasarkan nama band, tapi biasa la, atas talian ni masalah pertama dia harga mahal sebab penjual tahu nilai, lagi langka band, lagi tinggi harga - aku pernah tengok orang nak jual baju Dark Throne ke Dark Funeral sehelai RM700. Hotak dia. Geram je aku. Jadi aku cari la berdasarkan bajet, tapi lepas tu mesti susah nak bajet saiz walaupun aku tahu saiz dan ukuran yang aku cari, kadang tiba-tiba baju dia pendek la, panjang la, geram aku).
Oleh sebab sekarang aku tengah rasa rajin nak dengar walkman balik, mungkin aku boleh la dengar balik kaset-kaset Slipknot aku. Aku tengah dengar Necrotic Chaos masa teringat balik pasal Slipknot. Necrotic Chaos ni masa mula-mula keluar kaset dia ni, memang ramai macam cakap tak masuk la apa la, sampai ada satu reviu pasal album dia tu macam ramai kecam sebab reviu tu bagi penilaian agak baik dan tinggi juga (sampai aku rasa dia kena buat artikel untuk terangkan kenapa dia bagi rating tinggi - dan ia kelakar juga bila ingat balik sebab dia punya artikel tu walau macam panjang juga tapi isi penting dia satu je, sebab Necrotic Chaos main brutal death, jadi memang ngam la, sebab semua yang kondem tu cakap album tu tak masuk sebab tak melodik la apa la, padahal tu bukan genre dia). Masa beli kaset tu memang aku pun dengar macam tak masuk, tapi lepas beberapa tahun, aku cuba dengar balik dan rasa best jugak sebenarnya.
Jadi, aku fikir, aku patut dengar balik kaset-kaset Slipknot aku dekat walkman kuat-kuat (dengar pelan-pelan tak feel sangat).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan