Ada ternampak Hate5six muatnaik beberapa video baru dari band-band kegemaran, jadi hari ni akan habiskan dengan dengar semua sambil menulis. Harap dapat setelkan novelet hari ni sebab memang tinggal lagi sikit tapi macam biasa la, walau tinggal sikit, susah juga nak habiskan.
Band kedua dalam video di bawah adalah band yang aku kongsikan hari tu terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Vokalisnya Madi masih lagi belum sedarkan diri. Kutipan masih dijalankan untuk bantu YOTK walau dah melebihi sasaran kerana ada kemungkinan kos perubatan akan melambung sebab Madi masih lagi dalam rawatan dan dengarnya masih telah menjalani beberapa siri pembedahan. Aku ada tengok gambar kenderaan lepas kemalangan tu, memang teruk juga rupanya.
Jap, aku rasa boleh kot aku kepoci sikit. Masa aku mula dengar YOTK, diorang masih lagi dengan vokalis lama, Tyler. Ketika itu, Madi ada juga dalam YOTK tapi dia bertindak sebagai bassis dan vokal latar/kedua. Tak tahu kenapa, tiba-tiba semasa jelajah Eropah, Tyler tak ikut, jadi untuk sementara tu, Madi ambil posisi vokal. Tapi yang peliknya, lepas habis jelajah Eropah, posisi Madi masih tak berubah dan Tyler juga tak kembali pada band. Walhal, ada je beberapa siri gig atau konsert di mana kedua-dua YOTK dan Gridiron turut membuat persembahan (Tyler bermain dram untuk Gridiron, band dalam video ketiga - mantap gila dia main). Aku tak tahu la apa cerita disebalik pengunduran Tyler (biasa la, band dalam sirkit underground camni memang susah kita nak tahu apa gosip perkembangan dia apa semua, sebab kalau ikutkan, YOTK tak pernah benar-benar umum tentang hal jelajah Eropah dan posisi vokalis sementara tu, maknanya orang yang berada dalam lingkungan band dan scene je yang akan tahu tapi biasanya hanya kongsi secara verbal) tapi entah, aku rasa dia mesti ada terlintas juga dalam fikiran tentang hal bagaimana kalau dia terlibat dalam kemalangan tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan