Tak, aku belum dengar lagi Slowdive tapi sebenarnya sebelum ni pernah juga aku godeh-godeh kat Spotify segala benda berkaitan dream pop, dan terjumpa senarai main yang ada Slowdive. Kira pernah la cuba pasang beberapa lagu tapi macam tak jumpa yang melekat sangat jadi aku langkau dan dengar benda lain pulak.
Kebetulan algorithm youtube sekali lagi bawa aku kepada trek baru Slowdive (dan ia memang auto main pada pelayar - memang sengaja, sebab tu la cara aku pakai algorithm youtube) dan aku biarkan terpasang. Agak menarik juga, dan aku terbaca komen pertama pada klip itu;
I read somewhere that the Slowdive fanbase is getting younger and younger. That's a great testament to how their music connects with people, especially younger people who often feel things very deeply indeed. I know when I was in my teens and early 20s, my emotions were all over the place. Slowdive calmed my soul back then in the early 90s and they still do, now that I am 52 years old. I love the fact the band are just getting more and more popular. Bravo to them!
Benda yang aku nak tekankan ialah ayat pertama komen tu. Aku rasa ia seperti satu komplemen jugak la kalau berjaya mengekalkan identiti, bukan saja pada pendengar lama tapi juga berjaya menarik pendengar baru. Ia macam; perkara yang sangat sukar untuk dilakukan kot. Kita memang ada kecenderungan pada sesetengah artis atau band, tapi selalunya dari satu album ke satu album, kita jadi pasrah je lah sebab makin lama ia makin jauh dari identiti band (macam Thirty Seconds To Mars la contohnya. Atau paling hangat sekarang, Coldplay la. Walau tak minat Coldplay tapi material awal dia boleh je masuk dengar sebab ia kedengaran seperti macam mana band seharusnya kedengaran; tapi sekarang ia kedengaran seperti muzik arena tapi ia dekat dengan pendengar yang baru. Yang tua-tua berebut nak pergi konsert dia sebab nostalgia dan juga sebab dah banyak duit - tak macam masa muda-muda dulu). Sebenarnya memang agak susah juga nak kekal sama tapi tak statik dan segar. Memang selepas beberapa album, itu risiko yang perlu diambil - sama ada untuk terus hasilkan muzik yang sama untuk peminat yang tegar, atau buka laluan kepada pendengar yang baru dan cuba cipta sesuatu yang baru dan mencabar. Kalau macam band yang dah lebih dari dua puluh atau tiga puluh tahun tak apa la, sebab tak ada nak dibuktikan sangat pun. Gila dah tua nak buat konsert lama-lama, dah la katalog banyak gila lagu, nak pilih lagu mana kot banyak sangat. Tapi sebenarnya tak boleh juga nak cakap macam tu, sebab aku pernah tengok konsert Sweet Charity, diorang punya slot aku ingat dalam dua ke tiga jam, dan makin malam, makin bersemangat dan ligat Ramli Sarip. Aku macam tak penat ke orang tua ni, aku yang tengok ni pun penat dah woi. Dah la bukan takat sejam je, walaupun ada la diorang tukar vokalis kejap bagi Ramli Sarip rehat, tapi makin malam makin naik syeh woi. Aku pulak yang rasa penat tengok Ramli Sarip.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan