Aku rasa sebelum ni kalau pernah aku nyatakan kat sini, yang aku suka beli ayam ikut bahagian yang spesifik saja, biasanya bahagian keseluruhan kaki - paha dan atas paha, sebab aku rasa ia lagi jimat dari beli ayam sekor; jadi aku rasa macam nak ubah balik pendirian ni.
Dulu aku selalu fikir, dari aku beli sekor ayam, baik aku beli bahagian yang spesifik sebab dapat lagi banyak bahagian yang memang boleh makan dan kegemaran, berbanding beli ayam seekor sebab kepala dan isi ayam yang tak dimakan pun dia timbang, dan ada bahagian yang tak berapa banyak isi - macam isi ayam, hati, pedal, atau sedikit bahagian pada rusuk dekat dada atau beberapa bahagian kecil yang dekat badan, dan juga belum masuk tulang dia, jadi aku rasa beli bahagian yang spesifik lagi murah - tak ada bahagian yang tak dimakan kecuali tulang, dan juga sebab ia bahagian daging yang sedap. Lagi pula, waktu tu aku kira secara congak dalam kepala, mungkin bezanya dalam empat lima ringgit saja setiap kilogram.
Tapi sejak walaun asyik cerita barang mahal, aku mula perhatikan semua harga yang ada dekat bahagian ayam dan daging kat pasar raya. Aku tengok kaki ayam harga berapa, pedal berapa harga, keseluruhan kaki harga berapa, dada saja harga berapa, tengok harga daging beku siap potong berapa, perut lembu berapa, paru lembu harga berapa tapi sejak kebelakangan ni aku asyik perati je harga ayam seekor. Aku rasa masa sebelum PMX naik, harga runcit ayam memang biasa dalam sepuluh ringgit sekilo. Lepas beberapa bulan PMX naik, pelan-pelan harga ayam seekor mula turun. Sampai minggu lepas aku rasa mula pertimbangkan untuk mula beli ayam seekor, tapi aku beli tiga ekor la sekali beli, sebab biasa aku beli ayam memang banyak. Kalau sebelum ni, aku biasa beli ayam mungkin dalam enam puluh ringgit seminggu (itupun sebenarnya sebelum seminggu dah habis - ye lah, sebab aku beli ayam ikut bahagian spesifik, paling banyak aku ambil biasa dalam dua belas bahagian keseluruhan kaki, kadang enam puluh ringgit, kadang lapan puluh ringgit ikut berat dia sebab kadang dapat ayam kecik kadang besar). Jadi semalam aku pergi NSK lepas tu aku tengok harga ayam, rasa macam ni harga runcit biasa kot. Mulanya aku terbaca RM7.99 (ke sebenarnya memang RM7.99 tapi tukang timbang tu tersalah tekan RM7.79, tak tahu la, sebab memang aku tengok resit RM7.79 sekilo) aku rasa okey kot, dan ambil tiga ekor ayam, suruh dia potong dua belas (diorang dah sediakan papan tanda macam arahan juga la macam mana nak beli ayam dan juga jenis potongan yang ada, ada 4, 12, 24 - aku tak ingat sangat cuma aku ingat nak suruh potong lapan, rupanya takde potong lapan, potong dua belas terus).
Lepas tu bila dapat ayam tu aku rasa macam banyak juga ayam tiga ekor ni, berat dalam 5.4 kilogram dan total harga ialah RM42.06. Bapak murah. Terkejut aku. Maknanya selama ni aku memang salah percaturan la. Maknanya kalau nak jimat, beli ayam sekor, bukan bahagian spesifik. Tapi kalau tak nak jimat dan nak makan sedap, korang beli je ayam ikut bahagian kegemaran. Dan bila dah siap bungkus tu aku rasa memang sangat banyak banding dengan kalau aku beli ikut bahagian. Dan kalau rasa macam tak best sebab bahagiannya terhad (sebab ikut anatomi seekor ayam), kalau dah beli tiga ekor, maknanya bahagian best pun banyak la juga. Aku rasa macam seronok pulak tengok kaki ayam ada enam, pedal ada tiga (kalau belah dua, dah enam), hati lagi, lepas tu paha pun enam, atas paha aku rasa macam ada dua belas, terus rasa macam, okey jugak eh.
Dan lagi bagus ialah, aku tak payah potong bila balik nanti sebab diorang dah potongkan. Aku rasa mesti korang ingat dulu masa kerajaan cirit mentadbir, penjual ayam siap terpaksa caj kalau nak potong ayam, sebab nak bagi harga ayam rendah tapi tak nak rugi. Sekarang, bukan takat ayam harga murah, caj potong pun tak ada. Aku dengar jelajah rahmah tu lagi jual ayam sekilo RM5. Kalau ikut aku beli semalam 5.4 kilo, maknanya baru RM27. Bapak murah. Aku tak boleh bayangkan macam mana rasa gembiranya dapat beli ayam murah camtu. Haha.
Jadi balik rumah, waktu cuci ayam dah jadi pendek sebab tak payah nak potong, kalau ada potong pun, cuma potong kuku dan bersihkan pedal. Itu je. Aku bilas sikit lepas tu masuk dalam bekas lepas tu setel. Ke sebenarnya aku boleh suruh orang tu potongkan ayam aku yang bahagian spesifik tu tapi aku tak tahu benda tu boleh. Kahkahkah.
Cuma satu yang aku kesalkan ialah walaun walauntat walauntit yang beria nak menyatakan harga barang mahal. Maksud aku, kalau benda elok, tak perlulah nak buat persepsi sebaliknya. Sebab yang penting, harga barang turun, kita raikan la, gembira ke, bersyukur ke.
Itu la masalah kalau patuh berlebihan pada parti. Parti buat salah, pemimpin buat salah pun nak pertahankan. Sepatutnya pertahankan diri sendiri, rakyat, umum, jelata, sebab kalau harga barang turun, kita juga yang rasa. Bukan jenis reda je harga barang naik, terima je bulat-bulat oh harga barang memang naik, tak ada apa yang kita boleh buat. Sebab partiparti nibukan kepentingan kita, itu kepentingan orang politik. Kepentingan kita nak dapat hidup selesa, dan pentadbir kerajaanlah yang perlu buat polisi untuk bagi naik taraf hidup.
Sekian syarahan politik saya. Jangan lupa undi saya nanti. Kahkah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan