Limau.

Sebenarnya aku memang konfius sikit yang mana limau kasturi dengan limau nipis. Tapi selalunya aku tak peduli sangat dan biasanya aku akan rujuk limau yang aku nak tu dengan kegunaannya (waktu nak beli atau kalau waktu nak suruh orang belikan). Macam contoh, limau sambal, ha faham la orang. Lagipun, aku rasa aku jarang jugak beli atau guna limau yang besar tu, biasa limau kecik tu.

Aku lama dulu macam pernah buat nota mental macam mana nak bezakan dua limau ni, aku akan fikir, limau nipis ni bukan limau yang kecik (nipis), dia limau yang besar, jadi menggunakan formula tu limau kasturi ni adalah limau yang kecik tu (aku guna formula yang lebih kurang sama untuk bezakan < dan >, kadang aku jem juga yang mana satu lebih besar dan mana satu lebih kecil, jadi aku ingat macam ni je, aku tambah simbol | kat depan dia, contoh |> jadi  nampak macam huruf b, jadi aku tahu la ni maksudnya besar, dan |< nampak macam huruf k, jadi maksudnya kecil). Tapi entah bila aku asyik jumpa dengan orang yang keliru macam aku sebelum ni, lepas tu dengan aku-aku sekali konfius, sebab aku malas nak periksa balik. Masa google tadi pun aku konfius kejap sebelum akhirnya aku dapat jawapannya. Dan aku baru tahu limau nipis ni rupanya key lime. Aku memang tak minat sangat limau nipis, selalu buat air pun tak sedap sangat berbanding limau nipis, tapi ada beberapa makanan dan pencuci mulut perisa key lime yang aku suka. Dulu Sbux siap ada air key lime, boleh tahan jugak la best dia, tapi aku haram tak tau key lime tu limau nipis. Kahkah. Dan biasanya kat mamak tu, kalau pesan air limau, tu guna limau kasturi la. Limau purut aku tak konfius sangat, sebab rupanya yang menggerutu. jadi senang nak beza sebab dia sorang je yang kulit macam tu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan