Okeh, aku masak daging kurma satu, daging palembang rendang satu.

Aku rasa aku kena baca sikit tentang hal ibadah korban dan perkara yang berkaitan. Tiba-tiba banyak pulak persoalan sebab aku tak pernah buat korban, kecuali sekali kot, itupun cuma yang program korban luar negara, aku bayar entah berapa ratus untuk korban kat negara lain yang diuruskan oleh agensi entah siapa. Atau mungkin ada juga aku buat dalam negara tapi macam biasa, guna agensi atau melalui orang yang aku kenal, jadi memang tak pernah tengok lembu yang aku korbankan tu. Oleh sebab itu je lah yang aku mampu, jadi banyak perkara tentang berkaitan korban aku tak peduli sangat sebab bukan ada depan mata pun. Biasa perkara yang aku paling sibuk fikirkan ialah nak masak apa daging korban yang aku dapat dari orang lain tu. Aku syak aku akan masak lagi daging palembang ala rendang (senang je, cuma gantikan santan dengan kerisik) sebab setakat ni siapa je yang pernah makan aku masak ni mesti rasa kagum. Tapi harap bersedia la sebab aku masak biasa memang pedas nak mampus. Takpe la, aku sediakan sofa agak kalau nak bertenang kejap bagi reda pedas jap. 

Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ni jarang dapat daging korban sebab aku dah bukan duduk kat kampung. Kalau dulu, kat kampung, memang bersedia je la dapat daging bertimbun-timbun sampai masuk tahun hijrah yang baru pun ada lagi. Tapi ye lah, mak aku malas nak masak, aku pulak belum pandai nak masak sangat masa tu. Ada tak ada, aku buat daging rebus je la. Aku tak tahu la kat luar camne, tapi kat Johor, air daging ni memang makanan atau ramuan rutin untuk masakan kat sana. Aku ingat kedai siam pun sama kot, sebab air daging ni ramuan utama untuk masakan goreng-goreng, sup-sup dan juga kalau biasa makan nasi goreng atau nasi bujang yang hidang sekali dengan mangkuk kecil sup tu biasanya sup dia tu air daging. Kat sini aku rasa jarang, sebab nampak air dia memang cair betul, mungkin guna ayam kot. Maknanya kalau ada orang yang ada alergik daging, kalau pergi Johor, tanya la siap siap, sebab ramuan utama kat sana memang air daging. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan