Hampir setel.

 Sebenarnya aku mulakan Julai dengan tak tahu nak taip entri apa kat blog ni, siap ada satu draf yang aku tak siarkan sebab aku tulis satu ayat lepas tu rasa tak sedap dan aku terus simpan je. Dan patut aku nak setelkan tulis novelet tapi lepas tu aku terus buat beberapa entri daa sekali jalan. Takpelah, sebab lepas tu memang aku sambung mengerjakan novelet dan rasa macam progresnya akhirnya sampai ke penghujung. Mungkin dalam sehari dua ni akan siap tulis, harapnya,.dan aku akan ambil lagi masa beberapa hari untuk semak semula semuanya. Akan buat dalam edisi demo dulu, mungkin sepuluh keping kot, aku tak iklankan, hanya bagi pada beberapa rakan-rakan penerbit atau pembaca. Lepas tu akan buat edisi DIY-AF mungkin dalam dua puluh keping je kot. Ni naskah cetakan fotostat, memang tak buat banyak. Lepas tu baru akan buat edisi cetakan yang semenggah atau senonoh, yang ni cetak banyak sikit sebab nak cetak kat kilang atau rumah percetakan dan juga sebab untuk edaran umum dan juga kedai-kedai buku, jadi cetak banyak sikit. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan