Kira bitter la ni. Kahkah.

Aku rasa aku kena sambung sikit pasal Alanis dan Static-X.

Antara lagu Alanis yang aku suka ialah Hands Clean (aku dah tak ulang dengar sangat Jagged Little Pills sebab dah melalui fasa itu, lagipun aku rasa aku tak ada album Supposed Former Infatuation Junkie, tapi aku ada cakera padat cetak rompak Under Rug Swept sebab aku suka Hands Clean dengan Precious Illussion). Masa aku dengar Hands Clean aku haram tak faham lagu ni pasal apa. Aku rasa macam hands clean = cuci tangan (dalam konteks peribahasa Melayu) dan aku rasa macam apa kaitan? Jadi, masa hari tu aku dengar kat radio, diorang pasang Hands Clean lepas tu aku baru teringat, ye lah, aku suka gila kot lagu ni dulu. Dan aku tak ingat sama ada radio ada sebut pasal skandal yang tersirat di sebalik lagu ni, tapi balik rumah, aku godeh wiki Alanis sebab saja la nak riki berapa banyak album aku terlepas selepas Under Rug Swept. Jadi, aku pun baca juga pasal Hands Clean dan rasa macam fak juga lah. Sebab aku malas nak terangkan, aku kopipes la kat sini dari wiki.  


 The narrative voice of the song alternates; the verses are written from the presumed viewpoint of the other person in a relationship, an older man talking to a younger lover ("If it weren't for your maturity none of this would have happened/If you weren't so wise beyond your years I would've been able to control myself" [...] "I know you depend on me like a young thing would to a guardian/I know you sexualize me like a young thing would and I think I like it"), whereas the chorus and bridge represent her own feelings ("We'll fast forward to a few years later/And no one knows except the both of us/And I have honoured your request for silence/And you've washed your hands clean of this").[8][10]

Lyrically, "Hands Clean" explores a past relationship and how its effects linger.[8] Jon Pareles of Rolling Stone went further, writing that the song is about "an apparently matter-of-fact reminiscence of underage sex with a music-business mentor, an affair 'under rug swept.'"[10] However, he commented that the song holds not a hint of Lolita guilt, forbidden passion, or resentment compared to her furious take on the same situation in "Right Through You" on Jagged Little Pill.[10] Website Jam! Music dug deeper, writing that it "tells the story of her attempts to come to grips with an intergenerational affair that started when she was as young as 14,"[11] a statement also made by other critics.[12] In an interview for Q Magazine, Morissette confessed, "The grudge I hold is against myself for having been quiet for so long [...] I've covered his ass for so many years. So now it's almost like ... I wanted to liberate myself from not beating myself up any longer. It's almost irrespective of his involvement now; it's more about me and my relationship with my own past."[11]

In a track-by-track commentary on her album, Morissette further commented about the track:

My intention in writing this song was to get to a place where I could be as truthful and as honest as I possibly could be about certain relationships in my past. It's definitely not with the intention of seeking any sort of revenge for the person who is at the heart of the song that I'm singing about, but it was in my silencing myself to protect somebody else that I was ultimately completely abandoning myself. And any time I speak untruths in my life, and often-times I feel by not speaking the truth, by being silent, there's an element of an untruth in that. Withholding the truth sometimes can feel just as horrible as a lie to me. So as I get older, I think I want more and more to introduce the bliss of speaking transparently and truthfully and as honestly as I possibly can, knowing that the truth in this case is my truth only.[13]

 

Lepas baca artikel ni, entah kenapa aku rasa Alanis ni memang seorang feminis yang kita perlukan. Mungkin aku salah baca atau salah faham maksudnya tapi ia meninggalkan kesan perasaan yang begitu pada aku. 

*

Masuk hal Static-X pulak. Lepas Wayne Static mati pada 2014 (dan isteri dia bunuh diri dua tahun lepas kematian Wayne), aku fikir Static-X akan terus berkubur sekali dengan Wayne. Yalah, pada aku, bukan Static-X kalau takde Wayne Static. Lagipun Tony Campos punya la banyak band dia nak terlibat, dari satu band ke satu band, entah berapa band dah sekarang dia main. Dan tak silap aku (masa tu) memang Koichi Fukuda dah tak dalam band, sama macam Ken Jay (entah kenapa aku rasa Static-X tak pernah ada pemain dram tetap, rasa macam selalu orang lain-lain main untuk persembahan langsung dia). 

Sekali masa sebelum pandemik hari tu, diorang umum akan keluarkan album baru dan akan buat jelajah. Aku macam, wat de fak. Tapi sebenarnya itu macam tak cukup fak lagi sebab rupanya diorang akan isi tempat Wayne.. dengan hantu Wayne. Maksudnya lebih kurang macam ni, memang akan ada sorang yang akan ambil posisi Wayne, main gitar dan menyanyi, tapi diorang takkan dedahkan identiti orang tu, dan mereka sembunyikannya dengan suruh orang tu pakai topeng dan berpakaian macam Wayne (Static-X memang terkenal dengan imej rambut Wayne Static, memang kalau sebut Static-X je orang akan ingat rambut terpacak Wayne. Kalau korang tak tahu, ingat je lah dalam video klip Linkin Park dengan The X-Ecutioners dalam lagu It's Goin' Down, Wayne Static la yang main gitar dalam video tu. Tapi kalau tak tahu jugak, korang buat-buat je la faham) dalam versi zombi. Aku rasa macam kepala hotak dia, ia rasa macam segala benda salah tentangnya dan macam tengah mintak kena kensel dengan peminat. 

Tapi masalahnya, ramai yang suka dan sokong. Maknanya peminat diorang memang anggap ia memang idea yang baik. Aku tak boleh fikir celah mana yang rasa benda ni logik, idea bagus atau waras. Tapi sekarang memang diorang tengah sibuk jelajah dan kat internet macam tak jumpa orang kutuk benda ni.

Takla, aku bayangkan begini, walaupun diorang buat jelajah dan berjaya, ramai orang datang tengok dan enjoi, tapi mesti dekat internet akan ramai kecam. Macam Pantera reunion la. Adik beradik Abbot dah meninggal, mana celahnya reunion. Dan dalam internet, memang meletup habis semua orang kecam gila-gila. Walau diorang panggil orang paling layak untuk main gitar, Zakk Wylde, tapi orang kecam juga (tapi tak kecam Zakk la). Padahal waris adik beradik Abbot bagi je kebenaran. Dan yang kelakarnya ialah walau dalam internet semua kecam, tapi yang kecam tu bukan yang datang dan tengok konsert tu pun. Diorang cuma kecam lepas tu dah. Sedangkan, yang tak kecam, yang tak ada dalam internet, ramai gila kot suka bila Pantera muncul kembali. Senang cakap, di luar internet, sambutannya memang sangat baik. Mungkin sebab aku dah teringat pasal hal Static-X sebelum ni, jadi aku macam tak terkejut sangat kalau perancangan reunion Pantera sangat berjaya. Sebab yang penting, orang datang konsert nak enjoi je. Lain la kat internet, orang memang datang internet untuk jadi bitter jeee. Kahkah.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan