Lagu Red Death oleh Brann Dailor dari Mastodon untuk DC's Dark Nights: Metal Soundtrack ada kedengaran macam ditulis oleh Jerry Cantrell.

Aku tak tahu macam mana tapi tiba-tiba aku terbaca penuh halaman wiki Layne Staley. Aku tahu (tapi selalu lupa, sebab bukan penting sangat) dia mati pada tarikh yang sama Kurt Cobain mati tapi ada jarak lapan tahun, tapi aku baru tahu mayatnya dijumpai dua minggu selepas dia mati. Aku selalu ingat dia mati sebab bunuh diri guna pistol sama macam Kurt, rupanya dia mati sebab overdose. Dan waktu dia mati, berat dia cuma 39 kilogram saja(!). Dia mati tahun 2002 dan kali terakhir dia membuat persembahan ialah pada 1996 (bayangkan punya kaya, dari 1996 sampai 2002 tak kerja sangat tapi masih rileks je tak fikir pasal duit - mungkin sebab Alice In Chains band pertama dari gerakan grunge Seattle yang diiktiraf Gold; dalam masa setahun lebih sikit berjaya jual setengah juta rekod) dan kali terakhir merekod di dalam studio ialah pada 1998 (untuk supergroup Class Of '99 - ada Tom Morello, tapi diorang cuma buat lagu cover Pink Floyd, Another Brick In The Wall part 1 & 2), dan kali terakhir muncul dalam khalayak ramai pada Oktobier 1998 pada konsert solo Jerry Cantrell. Akibat ketagihannya, dia kehilangan gigi (dalam Class Of '99 punya lagu tu boleh dengar juga dia punya kehilangan gigi terutamanya bila menyanyikan perkataan 'education' pada huruf D dan T) dan juga mengalami atrofi (atau atrophy - boleh google sebab panjang nak terangkan) pada kaki. 

Aku rasa aku terbaca panjang-panjang pasal Layne Staley sebab aku tengah dengar Deftones lepas tu aku rasa lagu Phantom Ghost antara lagu yang secara bawah sedarnya aku suka dan rasa ia lagu yang agak organik berbanding kebanyakan lagu Deftones lain; mungkin juga sebab ada kontribusi Jerry Cantrell untuk bahagian gitarnya, jadi ia rasa lain berbanding lagu Deftones lain. Jadi aku terus terfikir, macam best dengar Chino Moreno menyanyikan Alice In Chains atau lagu-lagu Jerry Cantrell. Dan aku pun mula riki jika semua entiti ini (Deftones, Chino, AIC dan Jerry) ada kolaborasi lain; tapi tak ada. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan