Akaun instagram Ana De Armas tak boleh tinggalkan komen atau reaksi dekat story dia.

Aku tak tahu la kalau akaun instagram Ana de Armas ada pentadbir ke tak tapi ada rasa macam kebanyakan story atau post, terutamanya story, banyak yang dia sendiri kemaskini. Dia memang jarang kemaskini (bagi seorang selebriti terkenal) tapi kalau dia kemaskini selalunya macam agak peribadi juga la. Maksud aku peribadi bagi seorang selebriti la. Dan kadang-kadang bila dia kemaskini story berbentuk video yang dia tangkap, aku selalu rasa macam nanti tak lama lagi mesti dia akan mula jadi pengarah filem (takkan nak jadi jurukamera pulak). Mungkin sebab dia selalu didedahkan dengan benda belakang tabir (maksud aku ye lah, berbanding pekerja lain yang tak ada privilej sangat berbanding pelakon utama) kadang-kadang bila tengok story dia tu macam rasa ada gaya la. Tu la aku cakap, tak tau la kalau ada pentadbir lain dekat belakang akaun dia. 

Aku pun tak ingat bila aku mula mengikuti Ana de Armas tapi lepas baca biodata dia rasa respek jugak. Aku ingat dia memang asal-asal je terus bertapak di Hollywood, rupanya dia mulakan karier dekat Hollywood pada umur 26 tahun. Aku macam, agak lambat jugak la untuk Hollywood yang gemar pada sweet young thing. Walaupun sebenarnya dia dah lama ada karier di Cuba dan Sepanyol sejak dari umur 18 tahun, tapi bila dia datang ke Hollywood pada umur 26 tahun tu, dia kena mula dari awal. Kena bina semula karier lakonannya dan pada waktu tu dia masih belum fasih berbahasa Inggeris. Filem pertamanya di Hollywood tu dia hafal dialognya secara fonetik. Bila fikir balik macam gila juga. Dia macam kau tak faham sepenuhnya apa kau cakap tapi kau kena cakap dan lakonkan dengan gaya dan emosi yang diperlukan. Aku tak pernah tengok Knock Knock tapi ada rasa macam okey la kena tengok. 

Jadi lain kali kalau aku agak nak mulakan sesuatu dengan skala ambitious, aku akan ingat semula tentang Ana umur 26 tahun baru nak tembus Hollywood. Contohnya macam jadi pemuzik antarabangsa dan ajak Ana de Armas lepak lepas konsert. Kahkah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan